Apa khabar sahabat semua hari ini? Semoga sihat seperti biasa hendaknya.
Pagi tadi semasa saya membelek-belek folder gambar untuk tahun 2013 di dalam komputer, terjumpa gambar-gambar semasa majlis konvokesyen tadika anak sulong saya yang telah belajar di Genius Aulad Bandar Baru Bangi sejak berumur 4 tahun pada tahun 2011. Alhamdulillah, banyak yang telah dipelajari di sana selain daripada sudah pandai membaca, mengira, membaca doa-doa harian, solat wajib dan sunat, serta aura positif yang dibawa pulang dari tadika tersebut.
Seperti biasa gambar yang diambil tersangatlah banyak, tetapi untuk entri ini tidaklah saya masukkan kesemuanya. Cukuplah untuk tatapan diri sendiri, keluarga dan juga sahabat di luar sana.
Majlis ini dinamakan Little Ihtifal & Readers Theatre 2013 yang berlangsung pada 16 November 2013, hari Sabtu bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya. Untuk sesi petang, perdaftaran bermula pukul 1 tengahari.
Kanak-kanak sihat dan riang. Sempat mereka bersenam, berlari ke sana dan ke mari bersama kawan-kawan. Memang berpeluh!
Daftar untuk anak kedua, Azeef Fahmi, 4 tahun.
Masa untuk masuk ke dalam dewan auditorium. Sempat bergambar bersama pengetua Genius Aulad Bandar Baru Bangi, Puan Nurul Iman.
Class Teacher Azfar Zaquan, 6 Ibnu Sina, Teacher Fasya.
Buku aturcara diberikan semasa pendaftaran. Azfar Zaquan terpilih untuk membaca doa pembuka majlis.
Tema "LAND OF PEACE"
Alhamdulillah, Azfar Zaquan dipilih sebagai pemenang no. 1 untuk pertandingan bijak membaca.
Kini tiba waktu persembahan. Semua pelajar terlibat untuk membuat persembahan di atas pentas.
Azfar Zaquan di depan sekali |
Persembahan penutup |
Majlis selesai lebih kurang pukul 5 petang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua teacher-teacher dan juga sukarelawan yang bertungkus-lumus bekerjasama memastikan majlis ini berjaya.
.Sehingga berjumpa lagi kawan-kawan |
Sempat membeli cenderahati yang dijual di aras bawah dewan. Beberapa kiosk menjual makanan dan hadiah dibuka. |
Tahniah Azfar Zaquan. |
Kami 3 beradik. |
Abang dapat hadiah, adik yang teruja. |
Gaya kreatif mereka bergambar. Adik di depan, abang di belakang sambil memegang hadiah. |
Jika ada di kalangan sahabat di sini yang masih mencari-cari tadika "Islamic English" untuk anak-anak, sahabat semua boleh layari http://www.geniusaulad.com.my/. Dahulu, sebelum saya membuat keputusan untuk menghantar anak sulong ke sini, sempat saya google 'Genius Aulad', dan terjumpa website tersebut. Semua maklumat yang dikehendaki ada di situ.
Terdapat 2 sesi persekolahan. Sesi pagi bermula 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi manakala sesi petang bermula 1.30 tengahari sehingga 4.30 petang.
Sehingga berjumpa lagi di lain entri. Assalamualaikum, take care semua :)
No comments:
Post a Comment