Ada tak di kalangan anak-anak para sahabat sekalian yang masih tidur di bilik ibu bapa?
Di entri sebelum ini, saya pernah kongsikan mengenai anak 8 tahun masih tidur bersama ibu bapa. Sebenrnya, tidak digalakkan oleh agama untuk anak yang telah mumayyiz (yakni telah mengerti dan tahu membezakan) untuk tidur bersama dengan ayah dan ibunya kerana dikhuatiri berlaku pendedahan aurat dari bapa dan ibunya ketika tidur.
Anak lelaki saya yang berumur 7 dan 5 tahun, kini sudah mahu tidur di bilik mereka sendiri. Si adik pada mulanya agak kerap berulang-alik dari bilik tidurnya ke bilik saya. Tak tidur malam juga la dibuatnya. Adakalanya, jika saya terlalu keletihan, terpaksa saya biarkan sahaja dia tidur bersama kerana pada permulaan jika dipaksa, ditakuti trauma atau fobia pulak dia. Biasanya, apabila dia datang, saya akan temankan kembali ke bilik. Begitulah setiap malam sehingga lama kelamaan kedua-dua beradik sudah selesa tidur di bilik mereka sendiri. Mungkin disebabkan mereka "ada kawan" dan dapat tidur sebilik bersama-sama adik-beradik.
Anak perempuan saya, 4 tahun masih tidur di bilik saya, tetapi di katilnya sendiri. Masih dalam proses memujuk, tambahan pula bilik tidurnya masih belum disediakan dengan betul (bilik tu digunakan untuk iron baju).
Salah satu cara yang saya lakukan untuk menggalakkan mereka tidur di bilik sendiri atau sekurang-kurangnya di katil sendiri adalah menghadiahkan set cadar comel mengikut pilihan hati mereka. Anak lelaki saya menyukai set cadar bola (mereka tak sokong pun pasukan tu, cuma sukakan warna dan corak cadar tu saja). Anak perempuan saya pula menyukai Set Cadar Hello Kitty, Princess atau cadar-cadar yang bertemakan warna pink atau purple.
Untuk penjimatan, saya belikan dahulu set cadar tanpa comforter. Setelah mereka berjaya tidur di bilik sendiri, saya belikan pula set cadar beropol atau set cadar dengan comforter. Apapun saya berbincang dahulu dengan anak-anak, beritahu mereka sebab kenapa mereka perlu tidur di bilik sendiri. Pada mulanya memang agak mencabar (dalam 1 malam, 4 atau 5 kali mereka datang). Lama kelamaan mereka akan selesa tidur di bilik sendiri.
Inshaa Allah sahabat semua, jangan putus asa untuk mencuba dan sertakan dengan doa minta pertolongan dariNYA dipermudahkan segala urusan.
SPONGEBOB |
CANDY CRUSH |
RACING CAR |
ULTRAMAN |
PRINCESS |
HELLO KITTY |
MINION |
HARIMAU MALAYA |
MANCHESTER UNITED |
CHELSEA |
ARSENAL |
LIVERPOOL |
MINION |
SET CADAR DENGAN COMFORTER:
QUEEN : RM 179
SINGLE: RM 139
SET CADAR TANPA COMFORTER:
QUEEN: RM79
SINGLE: RM49
Jika ada yang berminat boleh hubungi saya.
SMS/WhatsApp: 019-270 7880
No comments:
Post a Comment