Monday, 23 June 2014

KENANGAN DI RUMAH BERSAMA ANAK-ANAK - 17.6.2009

Tiba-tiba terasa rindu pula untuk mengimbau kembali kenangan 5 tahun yang lepas sewaktu saya baru bermula berjinak-jinak dengan blog. Pada ketika itu, anak sulung berumur 2 tahun 5 bulan manakala anak kedua berumur 5 bulan.

Kamera dan saya sudah seperti 'kembar siam'. Semua aktiviti anak-anak hendak direkodkan. Gambar mereka ketawa, senyum, menangis, bermain, makan, tidur, sepahkan rumah, menulis, membaca dan segala-galanya bergambar. Koleksi gambar-gambar selfie memang sangat banyak (pada waktu itu belum wujud perkataan 'selfie').

Ini gambar anak kedua saya Azeef Fahmi. Sangat aktif dan suka senyum.


"Disebabkan saya belum boleh merangkak, saya suka menyelongsor menggunakan bahagian belakang dengan menolakkan kaki sekuat-kuatnya dan lihatlah, saya boleh pusing-pusing dan ronda-ronda di dalam rumah dengan sendirinya tanpa bantuan ibu". Nasib baik pintu bilik air dan pintu masuk utama selalu ditutup. 

"Mari ikut saya menjelajah di belakang sofa hari ini".



No comments:

Post a Comment

Copyright to Diari Surirumah Online
Designed by UMIESUEstudio 2015