Monday, 23 June 2014

PETANG YANG DAMAI - 23.6.2009

23.6.2009 :

Gambar ini baru beberapa minit tadi diambil (4.30 petang). Zaquan baru bangun dari tidurnya, Fahmi pula sedang melayan diri sendiri. Ibu di dapur sedang menyediakan juadah minum petang, menunya goreng pisang. Bangun dari tidur, Zaquan terus minta susu botol. Minum susu sambil bermain mainan adiknya.

Sebut pasal goreng pisang, pisang ini dibeli di kedai runcit beberapa hari yang lepas. Sudah nak ranum pun. Sebenarnya, pisang ini sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat cekodok, tetapi tekak ini terasa sangat mahu makan pisang goreng. Jadinya,  hitam-hitam tapi sedap, manis. Tepung gorengannya pun sangat sedap (bancuhan tepung semalam lebih goreng keledek). Semalam tepung ini tidak berapa wow macam ini, rupanya rahsianya kalau hari ini nak goreng kena bancuh siap-siap dan simpan di dalam peti ais hehehe yeke...

Hari ini tidak keluar ke mana-mana. Plan nak bawak fahmi pergi klinik, tapi nampak dia tidur pagi tadi ok sahaja tidak meragam. Rasanya esok kena bawa jumpa doktor jugak takut lama-lama jangkitan kuman pulak, lagi parah. Saya menaip ni sambil makan goreng pisang. Serius, sangat sedap.

Menu tengahari tadi saya masak tomyam sotong. Selepas itu semasa anak-anak tidur saya masak lauk tambahan sup kaki ayam kesukaan Zaquan.   
 Tengah kusyuk menaip, nampak Fahmi merayau-rayau keseorangan. Kesian pulak. Layan si comel dululah.










No comments:

Post a Comment

Copyright to Diari Surirumah Online
Designed by UMIESUEstudio 2015