Fanpage ibubape cemerlang adalah diantara rujukan kegemaran saya mengenai keibubapAan. Banyak tips-tips berguna dapat dikongsi bagi memantapkan lagi institusi kekeluargaan kita.
Saya salin semula petua ini sebagai rujukan untuk semua (diri sendiri juga). In Shaa Allah kita dapat buat yang terbaik untuk keluarga dan anak-anak. Niat segalanya hanya kerana Allah.
PETUA KEIBUBAPAAN
Meluangkan masa bersama keluarga adalah penting. Masa yang diluangkan bersama sebagai sebuah keluarga akan membantu membina nilai-nilai yang teguh, keperibadian baik dan komunikasi yang lebih berkesan.
Contoh cara meluangkan masa bersama keluarga:
- Makan bersama sebagai sebuah keluarga
- Jadualkan masa mingguan bersama.
- Beriadah bersama secara konsisten.
- Selalu bawa keluarga bersiar-siar bersama.
- Cari cara baru untuk menghargai keluarga anda.
No comments:
Post a Comment