Monday, 16 June 2014

PETUA UNTUK MEMUDAHKAN KERJA-KERJA DAPUR

Sumber: FB ensaiklopedia petua melayu lama



Petua Untuk Memudahkan Kerja-Kerja Dapur 
  • Masukkan makanan dalam kotak, bekas kaca atau plastik telus. Menyimpan makanan dalam bekas telus memudahkan anda melihat bila makanan itu hampir habis dan perlu dibeli baru.
  • Susun botol rempah yang berlabel mengikut susunan abjad.
  • Pilih bekas berbentuk empat segi berbanding bujur atau bulat. Anda akan mengambil ruang penyimpanan yang banyak jika menggunakan bekas bujur dan bulat.
  • Bandingkan kaedah susunan menyimpan barangan seperti biskut dan papan pemotong. Susunkan secara menegak atau melintang kerana ini lebih menarik lagi berbanding meletakkan begitu sahaja di kaunter.
  • Senaraikan barang keperluan dapur yang perlu dibeli dan gunakan pelekat bermagnet di peti sejuk. Ini juga memudahkan ahli keluarga menulis barangan keperluan lain.
  • Gunakan kertas khas atau kertas minyak untuk makanan yang mudah melekat pada bekas pembakar. Dengan cara itu, anda tidak perlu membasuhnya lama dan kerap.
  • Simpan semua jenis serbuk atau larutan pencuci dan sarung tangan dalam kabinet yang terletak atas sinki. Cara begini anda tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil barang-barang tersebut.

No comments:

Post a Comment

Copyright to Diari Surirumah Online
Designed by UMIESUEstudio 2015