Sabtu pagi, bagaikan lipas kudung dibuatnya. Kebetulan pula hari ini suami perlu bekerja di luar daerah, jadi saya perlu menguruskan anak-anak seorang diri.
- 9.00 - 11.00 pagi: Kelas melukis anak sulung di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
- 9.30 - 10.30 pagi: Kelas berenang anak kedua di Kelab Danau, UKM. Anak ketiga peneman ibu.
*Banyak masa dihabiskan semasa perjalanan dari satu tempat ke tempat seterusnya. Mula-mula ke Seksyen 9, kemudian ke Seksyen 3 dan kembali ke Seksyen 9.
Balik ke rumah makan dan tukar baju sekolah.
*makan dengan pantas : )
- 12.00 tengahari: Hantar anak sulung ke Sekolah Kebangsaan (sekolah ganti untuk Hari Raya Aidilfitri)
- Report Card Day di tadika Genius Aulad, Bandar Baru Bangi. (Janji dengan teacher pukul 12 lebih).
- 4.00 petang: Bertolak dari rumah ke sekolah untuk mengambil Zaquan di Sekolah.
- Sesi persekolahan selesai pada pukul 4.30 petang.
Syukur masih diberikan kesihatan yang baik, fikiran yang waras untuk menguruskan masa dan emosi anak-anak. Terima kasih anak-anakku kerana memberi kerjasama yang baik untuk ibu menguruskan kamu, Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment