Cekodok pisang atau orang Kedah panggil "cucoq kodok" memang kegemaran anak-anak. Jika guna pisang emas yang ranum, rasanya wow! sangat sedap. Selalunya saya guna resepi orang lama. Letak tepung gandum, pisang, gula dan garam. Kalau pekat sangat letak sedikit air. (Kadang-kadang saya google di internet untuk mencuba resepi yang pelbagai dari sahabat di alam maya). Jika nak rangup lagi, campurkan dengan tepung goreng Adabi. Guna sukatan 6 sudu tepung gandum dicampur dengan 2 sudu tepung Adabi. Sangat sedap dimakan panas-panas. Di bulan puasa ni, dekat-dekat waktu berbuka baru la digoreng. Angkat, tos, hidang dan makan. Jangan lupa baca doa terlebih dahulu : )
Sunday, 6 July 2014
CEKODOK PISANG KEGEMARAN KAMI

Labels:
CATATAN HARIAN

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment