Saturday, 26 July 2014

JELLY BANDUNG CINCAU - 18 OGOS 2010





Salam sahabat semua. Lama juga tidak bersiaran. Bulan puasa ni pun asyik sibuk je, taktau lah apa yang disibukkan.

Hari tu buat jelly bandung cincau ni. Kali ini sudah 2 kali la kiranya buat jelly ni. Buat apa yang anak-anak suka je, kalau masak benda yg diorang tak suka, jenuh kita pulak nak kena habiskan. Guna resepi matgebu.


Bahan-bahan :
  • 1 peket serbuk agar-agar (10 gram)
  • 200 gram gula
  • 800 ml air
  • 250 ml susu cair
  • 3 helai daun pandan
  • 3/4 sudu teh pati sirap rose (main agak je ikut sedap mata tengok pink tu camana)
  • 1 cawan cincau yang telah dipotong kiub kecil2

Caranya :
  1. Satukan semua bahan-bahan kecuali cincau. Kacau dengan 'whisk' hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil dikacau sehingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
  2. Tambah cincau dalam bancuhan dan sendukkan ke dalam acuan jelly kegemaran. Biarkan suam baru disimpan di dalam peti sejuk. Sejukkan jelly tu sehingga betul-betul dah keras. Boleh dihidang sebagai pencuci mulut.
**saya masukkan kiub cincau siap-siap dalam bekas acuan, kemudian baru sendukkan cecair jelly tu. Senang sangat kan nak buat jelly ni.

No comments:

Post a Comment

Copyright to Diari Surirumah Online
Designed by UMIESUEstudio 2015