Petua Sebelum Balik Kampung Untuk Berhari Raya

1. Maklumkan kepada jiran/polis - Pastikan berpesan pada jiran untuk tengok-tengokkan rumah anda. Juga, beritahu balai polis untuk makluman mereka.
2. Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci. Pastikan semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Gunakan kunci yang baik dan tidak uzur. Cara ini merupakan langkah yang terpenting sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk.
3. Serahkan kunci pendua kepada orang yang anda percaya. Perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan orang adalah dengan meletakkan kunci di bawah alas kaki ataupun di dalam pasu bunga. Sebenarnya, cara sebegini memudahkan lagi pencuri untuk masuk ke rumah.
4. Hentikan langganan akhbar/majalah. Ini bagi mengelakkan pencuri dapat mengesan ketiadaan anda di rumah.
5. Matikan semua suis dan gas. Bagi menjaga keselamatan harta benda, periksa peralatan di dalam rumah bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas perlu ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut.
6. Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah.
7. Berdoa untuk kesejahteraan bersama. Sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.
No comments:
Post a Comment