Monday, 11 August 2014

PASTA PENNE GORENG - 17 OKTOBER 2010

Assalamualaikum. Salam hari Isnin buat semua.

Beberapa hari lepas terjumpa buku masakan barat Chef Hanieliza di kedai buku, terus beli senaskah. Selak-selak buku tu nampak la resepi penne goreng ni. Kalau tak memang takde idea sungguh-sungguh nak masak apa untuk dinner. Bukan senang nak fikir menu ni, kena tukar-tukar selalu supaya anak-anak tertarik nak makan.

Bahan-bahannya pun simple saja, nak masaknya pun sekejap sangat. Sedap tau!!





Kalau malas nak baca resepi tengok gambar ni je pun ok.
Sukatan bahan-bahan ini semuanya main agak-agak je. Kalau ikut betul-betul resepi di bawah banyak sangat pula, tak habis nak makan.


Bahan-bahan :
  • 500 gram penne
  • 1 labu bawang besar - (dipotong dadu)
  • 300 gram udang - (dibuang kulit)
  • 5 batang sosej (dipotong kecil)
  • 10 biji cendawan butang (dipotong nipis)
  • 5 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • 300 gram brokoli (dipotong kecil)
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1 sudu makan lada hitam (dikisar)
  • 1 biji capsicum merah (dipotong panjang)
  • 1 biji capsicum merah (dipotong panjang)*tambah capsicum kuning sbb ada stok
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak


Caranya :
  1. Rebuskan penne hingga lembut dan toskan. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang hingga wangi dan layu.
  3. Masukkan udang dan sosej. Goreng hingga masak.
  4. Masukkan penne, brokoli, tomato, cendawan butang, sos cili, sos tomato, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata.
  5. Tutup api. Masukkan capsicum merah,hijau,kuning. Kacau rata.
  6. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Copyright to Diari Surirumah Online
Designed by UMIESUEstudio 2015