Alhamdulillah, bisnes online saya kini sah didaftarkan dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Lama sangat dah asyik tertangguh. Memang nekad sangat kali ni nak daftarkan dengan SSM yang terletak di KL Sentral (google je SSM nanti jumpa semua maklumat).
Kami sampai di sana lebih kurang pukul 11.30 pagi. Suami turunkan saya depan bangunan SSM dan terus bawa anak-anak ke tempat lain supaya urusan pendaftaran dapat dijalankan dengan lancar.
Bahagian pendaftaran perniagaan di tingkat 14.
Okay, dah sampai ke tingkat 14. Apa nak buat dulu ni?
Mula-mula sampai saya terus ambil nombor giliran, kemudian minta borang pendaftaran perniagaan di kaunter 12. Kena isi 3 mukasurat dan sertakan sekali salinan kad pengenalan dan bayaran yuran keahlian sebanyak RM70 bagi tempoh setahun.
Proses untuk siap dapat sijil pendaftaran perniagaan maximum 1 jam. Sekarang, saya dah dapat nombor pendaftaran syarikat untuk BUTIK UMMU AIMY. Alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment