Saturday, 14 June 2014

HOW TO TRAIN YOUR DRAGON 2 DI GSC MIDVALLEY

Foto: Carian Google


'How to train your dragon 2'. Siapa yang dah tengok?

Kami sekeluarga berkesempatan menonton wayang semasa cuti sekolah kali ini. Tempahan tiket telah  kami buat melalui "GSC Online". Begitu mudah untuk membuat tempahan secara online tambahan pula 'popcorn' dan air juga boleh ditempah melalui online. Sangat menjimatkan masa dan tenaga. Jika dahulu, kami terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket untuk menonton wayang, tetapi dengan teknologi yang canggih kini, semuanya hanya dihujung jari. Waktu cuti sekolah begini di Midvalley, manusia sangat ramai ya kawan-kawan.

Waktu tayangan yang kami pilih adalah pada pukul 1.45 tengahari. Sengaja pilih waktu itu kerana boleh makan tengahari dan solat zohor terlebih dahulu sebelum menonton. Di Mid Valley kemudahan segala-galanya ada. Tempat makan yang banyak, bahkan surau pun banyak. 'Food court' di tingkat 3 pun ada surau, sama aras  dengan panggung wayang. Sangat praktikal.

Jom saya ceritakan serba sedikit mengenai filem How to train your dragon 2.

"Cerita ini lanjutan daripada filem how to train your dragon kini kembali ke episod ke 2. Setelah lima tahun sejak Hiccup dan Toothless berhasil bersatu dengan Viking di pulau Berk. 
Sifat keanak-anakan Hiccup rupanya sudah menghilang, dan dia semakin menjadi dewasa. Astrid pula membesar menjadi wanita yang sangat cantik.
Hiccup dan Toothless melakukan sesuatu yang diluar jangkaan dimana mereka memasuki wilayah yang tak di gambarkan dalam peta. Rupanya tanpa mereka sedari telah menemui gua rahsia yang merupakan rumah untuk ratusan naga liar dan Dragon Ride. Pada pergelutan ini mereka tertangkap kemudian mereka di selamatkan oleh seorang wanita yang rupanya adalah ibu Hiccup".


Ada ketikanya cerita ini sangat menyentuh jiwa terutama di saat ibu menemui anaknya yang telah 20 tahun tidak berjumpa. Tak tahan nak control emosi. Nasib baik gelap :)



No comments:

Post a Comment

Copyright to Diari Surirumah Online
Designed by UMIESUEstudio 2015