Foto: Carian Google
Petua Untuk Mengurangkan Selera Makan
- Makan secara perlahan.
- Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.
- Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dan lain-lain. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
- Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.
- Jangan membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan anda makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
- Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.
- Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk makan.
- Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.
- Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada di depan mata, akan membuatkan anda berselera untuk makan.
- Sebelum makan, amalkan minum air suam atau minum jus oren atau minum jus epal atau pun minumlah air suam diperah limau nipis/kasturi. Ia pasti akan membantutkan selera makan.
No comments:
Post a Comment