Monday, 16 June 2014

RESEPI CILI JERUK

Sumber: FB mamak haji

Selalunya cili jeruk ni sedap dimakan bersama kuetiow goreng atau yee mee sizzling. Sekarang kita dah tahu resepinya, jom cuba.

Resepi Cili Jeruk

bahan-bahan:
- 100gm cili muda segar, dihiris bulat.
- 1 cawan cuka.
- 1 sudu kecil garam.
- 1 sudu kecil gula.
- 1 cawan air untuk didih atau boleh gunakan air yang mendidih tetapi prosesnya mengambil masa semalaman, kena tunggu.

1. Cili hijau dibasuh dan dipotong (cross cut) mengikut size ketebalan yang dikehendaki. 
Direndam di dalam air kapur ( sedikit kapur masakan dilarutkan dalam air) selama 1-2 jam untuk mendapatkan keranggupan dan kekentalan tekstur cili. 
Bersihkan dengan dengan air sekurang-kurangnya 3 kali sebelum digunakan.

2. Cuka dengan gula dimasak dalam bekas 'stainless steel' di atas api dapur yang kecil. 

Masukkan sedikt garam, jangan sampai mendidih, suhu yang diperlukan cuma 60-70 darjah centigrade. Tutup api dan masukkan potongan cili anda ke dalam air cuka tersebut. Dalam 30-45 minit cili jeruk anda boleh digunakan. 
Yang berlebihan kita perlu simpan dalam peti sejuk kerana kita tak gunakan sodium Benzoate sebagai pengawet makanan. Sekiranya nak jual dalam botol gunakan bahan pengawet Sodium Benzoate dalam kadar yang diluluskan oleh kementerian kesihatan / WHO.

Selamat mencuba : )

No comments:

Post a Comment

Copyright to Diari Surirumah Online
Designed by UMIESUEstudio 2015