Assalamualaikum w.b.t.
Kadangkala saya buntu memikirkan idea untuk sarapan pagi sesuai dengan selera anak-anak. Jom kongsi rsepi mudah sesuai untuk anak-anak dari 1 hingga 13 tahun. Tidak perlu dimasak makanan yang berlainan kerana dengan ini akan mengurangkan perbelanjaan di samping mendapat makanan yang seimbang untuk semua.
SANDWICH SARDIN (untuk 5 orang)
Bahan-bahannya:
1 buku roti sandwich
1 tin sederhana sardin (diambil 1 sudu besar kuahnya)
1/4 biji bawang besar (sederhana)
1 sudu teh air limau nipis
1/2 biji timun dan 1/2 biji tomato (dihiris nipis)
1/2 sudu minyak masak
sedikit marjerin untuk disapu pada roti
Cara menyediakannya:
- Cincang bawang besar dan goreng dengan minyak masak.
- Masukkan sardin dan kuahnya serta air limau. Masak hingga mendidih.
- Lecek sardin yang telah dimasak dan sejukkan sedikit.
- Sapukan marjerin pada roti.
- Ratakan 1/2 sudu besar sardin yang dilecek tadi di atas sekeping roti dan bubuh 3 hirisan timun dan tomato.
- Tutup dengan roti yang sekeping lagi. Potong di dalam bentuk segitiga atau segiempat.
ROTI TELUR GORENG (untuk 5 orang)
Bahan-bahannya:
5 biji telur*
1/2 cawan susu (1 sudu besar susu penuh krim dilarut di dalam 1/2 cawan air)*
1/2 sudu teh gula*
*dipukul hingga hancur
6 keping roti
1 sudu besar marjerin
Cara menyediakannya:
- Sapu kuali leper dengan marjerin dan panaskan.
- Celup roti ke dalam campuran telur dan masakkan di dalam kuali tadi dan gorenglah hingga kuning (lebih kurang 4 minit) dengan api yang perlahan.
- Angkat dan hidangkan
LEMPENG atau pancake (untuk 10 orang)
Bahan-bahannya:
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu segar
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
6 sudu teh baking powder
secubit garam
Cara menyediakannya:
- Ayak tepung dan baking powder.
- Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi.
- Masukkan semua bahan-bahan yang lain kecuali marjerin dan gaul/pukul hingga basa rata 9jangan dipukul keterlaluan).
- Panaskan kuali leper dan sapukan marjerin.
- Curahkan 1/2 cawan adunan. Apabila keluar buih, balikkan. masak hingga kuning.
"Pancake" ini dimakan dengan madu lebah atau sirap gula merah selepas disapu dengan marjerin.
TELUR KACAU
Bahan-bahannya:
10 biji telur*
1/4 cawan air susu (2 sudu makan susu tepung dilarut di dalam 1/4 cawan air)*
1 sudu besar marjerin*
*dipukul hingga hancur
Cara menyediakannya:
- Panaskan marjerin di dalam kuali di atas api yang perlahan.
- tuangkan telur dan dikacau-kacau hingga masak.
- Angkat apabila semua bahagian telur bertukar warna dan keras, agak 2-3 minit.
Selamat mencuba : )
No comments:
Post a Comment