Thursday, 7 August 2014

SAMBAL AYAM - 18 APRIL 2012

Alhamdulillah, dah kenyang makan tengahari. Sedap pulak sambal ayam versi chef hanieliza ni. Sambal ayam banyak versi sebenarnya kan. Resepi kali ini kali ni memang best. Jom la rasa : )

Sambal Ayam senangnya memasak bersa Chef Hanieliza, Sambal & Sos

Bahan A :
  • 500 gram ayam
  • 2 tangkai serai, diketuk
  • 1 biji tomato, dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar, dihiris kasar
  • 1/2 cawan minyak masak
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula (saya tambah)

Bahan B (untuk sambal) :
  • 15 biji cili merah (saya guna 3 sudu makan cili kering kisar)
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih

Caranya :
  1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan serai dan ayam hingga ayam agak garing.
  3. Tumiskan bahan untuk sambal hingga garing.
  4. Masukkan ayam, bawang besar dan tomato.
  5. Kacau rata dan biarkan hingga bawang layu dan sambal naik minyak.
  6. Sedia dihidangkan.

Tips chef : Sekiranya mahu pedas, boleh gantikan cili merah dengan cili kering.

No comments:

Post a Comment

Copyright to Diari Surirumah Online
Designed by UMIESUEstudio 2015