Friday, 10 October 2014

PEMERIKSAAN DAN RAWATAN GIGI ANAK-ANAK

Assalamualaikum sahabat sekalian.



Pejam celik telah tiba hari Jumaat kedua di bulan Oktober 2014 ni. Hari ni saya bawa anak-anak buat pemeriksaan gigi Klinik Kesihatan Bangi. Kami tidak bernasib baik. Rupa-rupanya tiada rawatan dibuat pada hari ini kerana tiada bekalan air. Aduh! Terpaksa tukar rancangan.

Memandangkan si kecil saya mengadu giginya sakit, nak taknak terpaksa saya bawa jumpa doktor gigi kat depan Econsave Bangi. Klinik Pergigian Dr Leen. Rupa-rupanya gigi si kecilku berlubang. Doktor buat sedikit tampalan gigi. Alhamdulillah, semuanya lancar. Servis ok, doktor pun mesra.

Bagi rakan-rakan yang hendak membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, saya cadangkan telefon dulu sebelum ke sana. Jimat masa dan tenaga. Saya sertakan sekali nombor telefon klinik-klinik tu.


Klinik Pergigian Bandar Baru Bangi
03-8926 9412 Ext. 213

Klinik Pergigian Dr. Leen
N0. 27-1, Jalan Reko Sentral 6
Reko Sentral, Off Jalan Reko, Kajang Selangor.
Tel: 014-634 5676 / 03-8739 4039
http://drleen.wordpress.com/


No comments:

Post a Comment

Copyright to Diari Surirumah Online
Designed by UMIESUEstudio 2015