Saturday, 11 October 2014

RUTIN SURIRUMAH - CUCI-CUCI

Assalamualaikum.

Update blog pagi ni menggunakan handphone.

Sebenarnya, semalam seharian tiada bekalan air paip di rumah. Mujur ada lebihan simpanan air dalam tong masa catuan air tempoh hari. Jadinya, semalam takde la cuci baju, cuci bilik air dan aktiviti yang menggunakan banyak air. Anak-anak pun saya tak benarkan mandi sendiri untuk jimat air. Anak-anak kecil saya ni kalau dibiarkan dalam bilik air, 1 jam pun mereka boleh. Main air, main sabun, tembak air sana sini. Berpesta sakan kalau jumpa air.

Salah satu rutin surirumah yang saya rasakan macam tidak pernah habis adalah cuci-cuci.

  • Cuci baju.
  • Cuci cadar.
  • Cuci kasut sekolah.
  • Cuci bilik air terutama bilik air anak-anak.
  • Cuci mata guna handphone hihihi.

Hari ni tak keluar jalan-jalan, jadi stay-at-home-family kejap. Abah diorang kena kerja luar daerah.


No comments:

Post a Comment

Copyright to Diari Surirumah Online
Designed by UMIESUEstudio 2015