Sunday, 15 June 2014

RESEPI PUDING ROTI PELANGI


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesihatan untuk meneruskan penulisan blog ini. Entri kali ini kita kongsi bersama resepi pemanis mulut penambat selera keluarga. Anak-anak suka puding ni, warna-warni macam pelangi pulak tu. 

Resepi puding roti pelangi yang sangat sedap ini sumber daripada ramai blogger masakan terkenal di alam maya. Rasanya, cuma taip nama resepi tersebut, banyak blog yang akan keluar dengan cara olahan masing-masing.

Jom kita cuba masak puding yang sangat sedap ni. 

Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gm serbuk agar2 (1 sudu besar)
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter/marjerin dicairkan
3 1/2 cawan air (guna cawan biasa 230ml)
pewarna merah, hijau dan kuning (terpulang nak letak warna apa)

Cara membuatnya:
  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Kisar roti, telur, susu pekat, susu cair dan lebihan air tadi (1/2 cawan). Kemudian masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih, matikan api.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian, satu bahagian warna kuning, satu bahagian warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
  5. Kacau cepat-cepat dan sebati, pastikan setiap adunan sekata.
  6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli, sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna kuning, sesenduk warna hijau dan sesenduk warna merah, ulang sehingga habis (ketika melapis hendaklah dengan cepat sebeb puding ni mudah sejuk dan membeku.
  7. Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.
Selamat mencuba : )

No comments:

Post a Comment

Copyright to Diari Surirumah Online
Designed by UMIESUEstudio 2015